Kursus Ict Pi Daro Sesi Februari 2019 (Asas Penyelengaraan Pc & Kdb)
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro untuk sesi Mac 2019 diakhiri dengan modul terakhir iaitu modul Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Dijalankan pada pada 23 Mac 2019 dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang, modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
• Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
• Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
• Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 9 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: